Sabtu, 23 April 2011

Peta Minda Sains

Peta minda adalah alat untuk membantu anda berfikir dan belajar. Peta Minda yang telah dibangunkan oleh Tony Buzan adalah kaedah yang berkesan untuk membuat nota dan berguna untuk menjanakan ide dengan perkaitan.

Untuk membina satu peta minda, seseorang haruslah bermula di tengah mukasurat yang menjadi tajuk utamanya. Kemudian ia bercambah keluar ke semua arah menghasilkan struktur yang tumbuh dan tersusun mengandungi kata kunci (keywords) dan rajah kunci (key images).

KELEBIHAN PETA MINDA

Dalam Pembelajaran
Menghapuskan rasa sukar untuk belajar. Menambah keseronokan dalam proses pembelajaran, mengulangkaji dan mengambil peperiksaan. Memberi keyakinan kepada pelajar terhadap keupayaan mereka untuk mempelajari apa sahaja matapelajaran.

Dalam Mengingat
Memudahkan pelajar mengingat fakta setelah mindanya dipetakan. Menambah keupayaan dan kapasiti ingatan.

Dalam Pandangan Keseluruhan
Dapat melihat keseluruhan bab dengan jelas. Dapat memahami segala fakta yang berkaitan. Berupaya mengulangkaji pelajaran dengan pantas.

Dalam Berfikir
Melatih minda mencari jalan penyelesaian untuk melaksanakan sebarang kerja secara bersistematik.

Dalam Merancang
Memudahkan merancang sesuatu tugas dari mula hingga ke akhir hanya dalam sehelai kertas.

Dalam Berkomunikasi
Dapat menyampaikan segala bentuk maklumat dengan jelas dan tepat.

Jika pelajar mengulangkaji peta minda berterusan maka tidak mustahil beliau boleh memetakan 100% maklumat ke dalam mindanya. Sebelum peperiksaan beliau hanya perlu membuat ulangkaji sepintas lalu untuk memantapkan ingatannya. Semasa peperiksaan, semua fakta yang telah tersimpan akan "mengalir keluar" dari mindanya dengan laju bila ia diperlukan. Yang pasti, kejayaan akan menunggu!.

DAPATKANNYA SEKARANG SUPAYA ANAK ANDA SUDAH BOLEH MULA MENGULANGKAJI!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan