Ahad, 24 April 2011

90 Ubat Mengandungi Sumber Babi

Ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.

Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis buku ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar!

Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.

Dengan keadaan ubat-ubatan kita telah tercemar maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. Jangan beralasan anda jahil lagi selepas itu - Faizal Riduan, Majalah Milenia Muslim isu April 2011

DOWNLOAD LAPORAN PERCUMA  UNTUK ANDA ! Klik di bawah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan