Khamis, 3 Mac 2011

Strategi Pemasaran Perniagaan Menggunakan Forum

Penggunaan forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang mengenai topik tertentu, berkenalan satu sama lain dan bertukar-tukar maklumat. Namun, bagi anda para usahawan, jika forum digunakan dengan betul dan berkesan, ia amat menguntungkan anda!

Terdapat banyak forum di Internet termasuk di Malaysia yang boleh anda sertai dan mendominasinya dengan kepakaran anda atau menggunakan forum untuk menjual produk atau perkhidmatan anda.

Bayangkan, jika anda menyertai 10 buah forum dan setiap forum katakan mempunyai paling kurang 500 orang ahli yang aktif, bermakna anda mempunyai seramai 5000 orang prospek tanpa perlu bersusah payah mencarinya sendiri!

Malah yang lebih menyeronokkan, kosnya amat rendah malah kebanyakannya (terutama forum yang percuma) tidak mengenakan anda sebarang bayaran pun!

Dengan Panduan Kuasa Forum ini, anda sebagai seorang usahawan , akan didedahkan dengan teknik, strategi dan formula bagaimana untuk membina kredibiliti, melakukan promosi dan mendapatkan rakan JV yang berpotensi.

Ya, panduan ini adalah untuk semua usahawan tidak kisah bidang apa pun! Forum adalah tempat terbaik untuk pemasaran perniagaan anda tanpa risiko dan modal yang besar. Untuk maklumat lanjut Ebook Kuasa Forum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan