Rabu, 29 Disember 2010

Panduan Asas Ebay

Perniagaan online berasaskan internet khususnya eBay adalah sangat popular ketika ini. eBay telah memperkenalkan satu sistem penjualan produk secara lelongan di dalam internet. Konsep pembelian produk melalui bidaan yang mana paling tinggi harganya selepas tamat lelongan adalah dikira sebagai pemenang.

Di negara Malaysia, eBay telah diperkenalkan pada Disember 2004. Bagi anda yang baru di dalam dunia perniagaan internet dan bercadang untuk memasarkan produk, saya sarankan kepada anda eBay adalah permulaan terbaik untuk anda memasarkan produk.

Menjual produk di eBay adalah sangat mudah, tidak perlu menyediakan website perniagaan anda sendiri bagi tujuan pemasaran. Cukup sekadar anda meletakkan produk anda di eBay dan menunggunya beberapa hari yang anda tetapkan sendiri sebelum anda mendapatkan pulangan pendapatan anda selepas tamat lelongan.

Bagi negara Malaysia, eBay masih lagi percuma, tiada yuran dikenakan bagi setiap penyenaraian produk daripada anda. Sekali lagi ini adalah peluang terbesar anda untuk memahirkan diri anda di dalam perniagaan eBay ini sebelum anda mengorak langkah kepada eBay berbayar yang sangat popular seperti eBay
US dan UK.

Selain daripada menjual produk, eBay juga memberikan peluang kepada anda untuk membeli produk yang anda inginkan mengikut harga lelongan. Di eBay bermacam-macam produk kegemaran anda boleh dapati. Bagi mereka yang ingin menambahkan pendapatan sampingan, peluang untuk membeli produk hangat di eBay dan menjualkannya semula dengan harga yang tinggi adalah satu idea perniagaan yang bijak.

Di dalam tutorial mudah dan ringkas ini, anda akan mempelajari bagaimana untuk membuka akaun eBay bagi Negara Malaysia. Selain daripada itu, anda juga akan berpeluang untuk mempelajari sedikit sebanyak cara untuk membeli, menjual dan beberapa tips pemasaran produk di eBay.

Akhir sekali cuba anda perhatikan di sekeliling rumah anda, anda akan dapati terdapat beribu-ribu idea perniagaan yang wujud di sana sini. Anda Cuma perlu meninjau keadaan dan potensi permintaan dan pemasaran idea anda tersebut. Sekiranya anda melaksanakannya secara besar-besaran, bermutu tinggi dan harga yang berpatutan melalui idea anda, cuba fikirkan dan renungkan siapakah agaknya yang boleh menjadi pelanggan kepada barangan atau perkhidmatan anda itu.

Download sekarang Ebook Panduan Ebay

Selasa, 28 Disember 2010

Cara Pengiklanan Yang Berkesan

Pengguna hari ini adalah pengguna yang bermaklumat. Terutamanya pengguna di alam maya. Segala maklumat mengenai kehebatan dan kecacatan sesuatu produk berada di hujung jari mereka.

“Brand” memainkan peranan penting, namun tidak sepenting 10 tahun dahulu. Pengguna sekarang lebih bijak
menggunakan segala kemudahan maklumat yang ada untuk kepentingan
mereka sendiri.

Namun sebagai usahawan, kita tidak boleh menyerahkan periuk nasi kita secara bulat-bulat kepada pembeli. Usahawan harus pintar merebut peluang dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk menarik pelanggan. Apakah yang bakal pelanggan cari? Bagaimana untuk meyakinkan mereka?

Semua ini akan dikupas secara terperinci dalam ebook ini. Download percuma Ebook Panduan Pengiklanan..


Sabtu, 18 Disember 2010

Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah

Ketahui bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Arab dengan mudah melalui Ebook Panduan Belajar Bahasa Arab ini. Kaedah pembelajaran yang sangat praktikal dan berkesan untuk mempelajari Bahasa Arab.

Anda mungkin mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Arab. Namun, niat anda mungkin terbantut disebabkan oleh masalah-masalah yang anda alami seperti:-

  • Tidak tahu dimana tempat yang mengadakan kelas belajar Bahasa Arab.

  • Jadual kelas pembelajaran yang mungkin tidak sesuai dengan masa anda serta selalu bertembung dengan aktiviti harian anda yang lain.

  • Yuran kelas yang agak mahal.

  • Suasana pembelajaran yang mungkin kurang selesa.

  • Tidak mempunyai buku rujukan yang tepat dan bersesuaian.

  • Sistem pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak bersistematik.

  • Tidak menjumpai tenaga pengajar yang sanggup membimbing anda hingga berjaya.


dan masalah-masalah lain yang menyebabkan anda terpaksa melupakan sahaja niat anda untuk mempelajari Bahasa Arab.

Memperkenalkan Ebook Panduan Lengkap Belajar Bahasa Arab..Dapatkan Sekarang..

Selasa, 14 Disember 2010

Rahsia Kekayaan Internet Marketer

Sekian lama rahsia kekayaan internet marketer ini disimpan untuk diri mereka sahaja. Kini, Zamri Nanyan, dengan beraninya mendedahkan apa yang perlu anda lakukan untuk menjana pendapatan 5 hingga 6 angka di Internet. Ini bukan cerita kosong sahaja.

Bukti sudah di depan mata. Bahkan, anda sendiri pun mungkin pernah lihat bagaimana ianya dilakukan oleh Zamri Nanyan dan beberapa lagi internet marketer yang lain untuk menghasilkan jualan melebihi RM100,000 bagisatu-satu pelancaran produk.

Soalannya, tidakkah anda ingin mengikuti jejak langkah mereka? Jangan beri alasan lagi kerana segala ilmu mencipta produk digital dengan mudah dan pantas adaditerangkan di dalam program ini. Cuma anda perlu bertindak sekarang juga.

Lawati laman web di bawah dan dapatkan Pakar Produk Digital sebelum saingan anda aplikasikan rahsia ini.

Isnin, 13 Disember 2010

8 Cara Dapatkan Duit Internet

Buat duit atau menghasilkan pendapatan melalui internet sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di internet.

Untuk memberikan lebih kefahaman tentang kaedah sebenar buat duit internet.Dapatkan..

"Ebook 8 Teknik Dapatkan Duit Internet Percuma "



Rahsia Pemasaran Dan Promosi Menggunakan Forum

Di dalam dunia perniagaan, produk dan harga bukanlah soal pertama. Tetapi faktor yang membuatkan sesebuah produk itu terjual adalah jenama dan kredibiliti. Tengoklah restoran makanan segera yang terkenal, walaupun ia tidaklah sesedap mana malah tinggi harganya, tetapi ia tetap laku dan terus laku.

Mengapa ini terjadi? Kerana para pelanggan mereka percayakan mereka tanpa sedikit pun ragu. Perniagaan makanan segera itu lebih mengutamakan jaminan dan manfaat kepada pelanggan TANPA memaksa-maksa pelanggan membeli. Inilah keuntungan apabila sesebuah perniagaan itu lebih menitik-beratkan soal jenama dan kredibiliti.

Bagaimana cara membina kredibiliti dan seterusnya mempromosikan jualan produk?

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan forum di Internet. Bagaimanakah caranya? Maklumat Lanjut...

Cara buka Akaun Pay Pal

Cara Buka Akaun PaypalPay Pal merupakan online payment yang terbesar didunia dengan lebih dari 100 juta orang yang menggunakannya samaada untuk perniagaan atau persendirian.Ia merupakan online payment yang percuma dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja walaupun anda seorang yang bankrap atau tidak memiliki kad kredit.

Betapa mudahnya membuka akaun pay pal. Kita di Malaysia dapat menerima wang melalui pay pal dan boleh megeluarkan wang dengan menggunakan kad kredit atau kad debit.Kad debit yang boleh digunakan akan diterangkan didalam ebook yang diberikan ini.

Download Ebook Cara Buka Akaun PayPal

Jumaat, 10 Disember 2010

Buat Duit Dengan Nuffnang

Program buat duit Nuffnang adalah berasaskan kepada PPC (Pay Per Click) sama juga seperti Google Adsense, Bidvertiser dan beberapa program PPC yang lain.
Mereka yang menyertai Nuffnang sebagai publisher akan mendapat pendapatan melalui klik pada iklan yang diletakkan di dalam blog masing-masing. Jika klik anda tinggi, pendapatan anda bertambah, jika klik pada iklan kurang, pendapatan anda kurang.

Jadi, dengan ringkasnya kita boleh katakan, blog yang mempunyai pengunjung yang ramai akan menjana lebih pendapatan, manakala blog yang kurang pengunjung, pendapatan dari nuffnang juga kurang.

Di dalam ebook yang diberikan ini , telah di bahagikan kepada beberapa bahagian.
1. Pengenalan Kepada Nuffnang - m/s - 2
2. Cara mendaftar di Nuffnang - m/s - 5
3. Bagaimana memasukkan kod Nuffnang ke dalam blog Wordpress - m/s - 13
4. Cara menambah blog untuk memasukkan iklan Nuffnang di banyak blog -m/s - 20
5. Bagaimana memasukkan kod Nuffnang ke dalam blog Blogspot - m/s - 21

Download Ebook Buat Dut Dengan Nuffnang

Khamis, 9 Disember 2010

Tips Menulis Email Memukau

Semua orang tahu, pemasaran melalui emel adalah antara teknik pemasaran yang berkesan dan mudah. Untuk membina senarai emel yang banyak, anda
perlukan squeeze page dan produk percuma yang menarik. Ini adalah asas dalam membina senarai emel.

Namun, perjuangan anda dalam pemasaran emel tidak terhenti begitu sahaja. Anda perlukan tukarkan senarai emel yang anda miliki kepada wang. Bagaimana? Jadikan senarai emel anda sebagai hamba. Hamba apa? Sudah tentu hamba ilmu.

Anda perlu ada kemahiran untuk memperngaruhi pembaca emel anda untuk percaya dan mengharapkan sesuatu dari anda. Untuk itu, anda perlukan
kemahiran untuk menghantar emel memukau dan InsyaAllah ebook percuma  ini boleh membantu anda.

Download ebook Teknik Menulis Email Yang Memukau

 

Rabu, 8 Disember 2010

Cara Bina Blog Di Blogger.com

Ebook ini dihasilkan untuk mereka yang masih baru dalam selok belok membina blog di Internet. Ia bertujuan memberikan panduan, pengajaran dan menyalurkan maklumat berguna tentang langkah demi langkah menghasilkan dan membangunkan blog secara online.

Di dalam ebook ini anda akan diajar bagaimana untuk menghasilkan blog dari mula hingga akhir. Ebook ini juga di sertakan dengan gambarajah-gambarajah yang ditunjukkan secara teori dan praktikal untuk memudahkan anda membina blog tersebut.

Daripada blog yang anda hasilkan itu anda boleh melakukan apa jenis blog termasuklah untuk tujuan perniagaan di Internet
dan mendapatkan pendapatan secara online.

Download Ebook Panduan Asas Blogger Sekarang





Selasa, 7 Disember 2010

Cara Jadi Kaya Menerusi Gelombang Minda

Di dalam ebook ini, anda akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri. Untuk menjadi kaya, anda wajib berada di dalam sistem yang berbeza dengan sistem semasa anda belum kaya atau miskin. Apa yang dimaksudkan dengan sistem ialah pemikiran, cara berfikir, cara bertindak, cara pergaulan, ilmu, tabiat, kawan-kawan, minda, imaginasi, amalan, bacaan dan seterusnya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar itulah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta kepada-Ku dengan Cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Begitu juga disebalik kemiskinan itu, orang Islam kena juga kaya sekiranya kaya itu membawa kepada keredaan Allah. Contohnya dengan kaya seseorang itu boleh melipatgandakan sedekahnya dan bantuannya kepada orang miskin yang memerlukan bantuannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”

Antara perkara yang terjawab dalam ebook ini ialah:

• Harta dan kaya yang bagaimanakah yang menjadi jambatan ke akhirat?

• Tahap mana miskin yang diredai Allah?

• Bagaimana harta boleh hilang dalam sekelip mata?

• Mengapa dikatakan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi yang Mukmin.

• Apakah amalan sebelum datang 7 perkara?

• Apa akibat buruk sangka dan mengapa Islam melarang buruk sangka?

• Apakah batas kaya yang membinasakan dan miskin yang diredai?

• Mengapa dilarang mengutuk makhluk yang lain, dan kutukan itu akan kembali kepada diri kita sendiri?

• Bagaimana berbillion sel dalam otak kita akan memandu kita untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan?

• Mengapa dikatakan bahawa otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron yang dijadikan oleh Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya?

• Bagaimana mengaplikasi Undang-undang Daya Penarik (UDP) ialah bahawa apa-apa perkara yang anda fikirkan, anda akan dapat. (WYTWYG – What you think is what you get.)

• Berpandukan ilmu fizik dan teori “Law of Attraction” – Undang-undang daya penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan, fikirkan dan hajatkan. Bagaimana melakukannya?

• Bagaimana menggunakan frekuensi minda?

• Bagaimana mendatangkan kejayaan dengan begitu mudah yang tak pernah anda fikirkan?

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Ebook Frekuensi Kaya ..Klik Banner Dibawah

Sabtu, 4 Disember 2010

Jana Pendapatan Lumayan Dengan Hartanah Lelong

Satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah..

BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh irbu ringgit.

BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.

BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda

Dapatkan Segera....

Cara Pemasaran Online Yang Berkesan

Kebanyakan pemilik bisnes beranggapan perniagaan internet ialah membina laman web kemudian menunggu trafik datang dengan sendiri, malangnya ia tidaklah semudah itu.

Untuk memastikan laman web anda berfungsi dengan baik, ia perlulah mempunyai rancangan pemasaran yang komprehensif. Itu tidaklah bermakna anda perlu mengeluarkan belanja ribuan ringgit untuk agensi pengiklanan! Anda boleh melakukan semuanya dengan sendiri.

Dalam laporan ini, saya akan memberitahu anda beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan lebih lagi manfaat dari
laman web syarikat anda.

Anda akan pelajari bagaimana untuk menggunakan laman web anda dengan betul, bagaimana untuk kekal berhubung dengan para pelanggan dan membina kesetiaan dan keyakinan antara mereka, pada masa yang sama mendapatkan pelanggan baru dan jumlah jumlah trafik yang lebih tinggi untuk laman web anda.

Download Percuma Ebook Pemasaran Online