Jumaat, 1 Jun 2012

Cari Pembantu Rumah Tanpa Ejen

Pembantu Rumah Tanpa Ejen


Adakah anda salah seorang yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah tanpa ejen? Menurut Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) menganggarkan bahawa kira - kira lebih 35,000 keluarga memerlukan khidmat Pembantu Rumah. Jika ia, maka anda adalah salah seorang daripada statistik tersebut.

Sebenarnya kebanyakkan dari kita lebih suka mendapatkan pembantu rumah melalui agensi pembantu rumah. Tahukah anda, berapakah wang yang harus anda laburkan untuk mendapatkan pembantu rumah melalui syarikat agensi ini? Kalau tidak silap saya, paling murah anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM7000 - 8000 untuk seorang pembantu rumah. Itu jika pembantu rumah tersebut daripada Indonesia. Manakala jika anda mengambil pembantu ruamah dari filipina, maka kosnya adalah lebih mahal lagi. Ada yang sehingga 10,000 ringgit. Tidak masuk akal bukan ??

Persoalan saya, mengapakah harganya terlampau tinggi. Ini kerana permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah pembantu rumah yang datang ke sini. Tambah - tambah lagi sudah lebih dua tahun kerajaan membekukan kemasukkan pembantu rumah ke Malaysia. Kalau tidak silap saya, sekali lagi penangguhan penghantaran pembantu rumah berlaku baru baru ini. Kalau diikutkan sepatutnya pembantu rumah ini sudah boleh masuk ke malaysia pada bulan Mac ini tetapi atas alasan pembantu rumah tidak cukup 200 jam latihan khidmat, maka penngguhan terpaksa dilakukan disaat - saat akhir.

Tetapi, anda boleh mengelak perkara ini berlaku kepada anda jika anda ingin menggaji pembantu rumah. Sebenarnya terdapat pelbagai cara lagi yang boleh anda lakukan untuk menggaji pembantu rumah. Diantaranya ialah saya kongsikan disini;

1. Anda boleh mendaftar dengan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Malaysia (PAPA). Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) jika anda memerlukan pembantu rumah. Sebaik sahaja PAPA menerimanya, PAPA akan memaklumkan kepada agensi di Indonesia untuk memenuhi permintaan itu. Majikan boleh menghubungi no tel : 1-800-222-000 .

2. Anda juga boleh mengambil pembantu rumah melalui rakan atapun melalui orang yang anda kenali di negara asal Pembantu Rumah. Saya pernah melakukan cara ini.

3. Anda boleh mengambil pembantu rumah secara DIY. Anda boleh lakukannya tanpa bantuan agensi kerana ia tidaklah sesusah mana yang kebanyakkan kita sangkakan. Ini juga pernah saya lakukan baru - baru ini. Bagi anda yang ingin menguruskan sendiri terdapat banyak kebaikkannya. Diantaranya ialah kos pengambilannya adalah lebih murah berbanding dengan anda mengambil Pembantu Rumah melalui Agensi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi cara untuk mendapatkan pembantu rumah. Untuk mendapatkan maklumat lengkap cari pembantu rumah tanpa ejen, anda boleh klik sini.

Awas Umat Islam !! Senarai Ubat Mengandungi Babi

 

Ubat Mengandungi Babi


Ebook Senarai Ubat Mengandungi Babi

Agama Islam amat mengambil berat tentang halal haram bukan sekadar dalam makanan tetapi merangkumi setiap aspek kehidupan termasuklah urusan jual beli dan pengambilan ubat-ubatan.

Kenapa kita mesti mencari yang halal?

Sebab utama mengapa kita perlu mencari yang halal ialah

kerana ia adalah Perintah Allah s.w.t kepada kita, seperti mana Allah berfirman yang maksudnya:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik"

(Surah al Baqarahh : Ayat 186).

Sebab kedua : Mengelakkan daripada azab Neraka.

Sebagaimana pesan Rasulullah s.a.w " Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya ".

(Riwayat Thabrani).

Sebab ketiga : Doa yang makbul.

Rasulullah s.a.w berpesan: Betapa ramai orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu sebab terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa:

Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan

mengabulkan doanya.

(Riwayat Muslim)

Sebab keempat : Amalan yang diterima oleh Allah s.w.t

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya,

sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari. (Riwayat Thabrani)

Sebab kelima : Membentuk Hati yang Bersih

Memakan makanan yang halal akan membentuk hati yang bersih daripada kejahatan. Seperti mana sabda Rasulullah :

"Hati yang bersih dibentuk daripada makanan yang bersih (halal)."

Klik http://www.halalscience.com/ jika anda nak tahu ubat yang anda ambil Halal atau Tidak?

Yang ikhlas
Admin Ebookmy.com