Isnin, 31 Januari 2011

Teknik Pemasaran Ebook Yang Berkesan

Secara umumnya pemasaran adalah proses penjual memenuhi kehendak pelanggan melalui penghasilan produk atau servis dengan penawaran harga tertentu yang dapat memberi keuntungan….

Kreativiti merupakan salah satu perkara yang boleh membantu dalam proses pemasaran ebook. Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan dalam melakukan pemasaran ebook.

Anda mungkin telah melihat, mendengar dan mengetahui bagaimana seorang demi seorang di antara kita yang telah menjana wang yang sangat-sangat lumayan dengan hanya memasarkan ebook di internet.

Ada yang memperolehi ribuan ringgit malah tidak kurang juga yang memperolehi puluhan ribu ringgit dalam masa yang singkat. Senario ini bukan sahaja telah menaikkan minat serta semangat anda malah ribuan untuk turut serta melibatkan diri dalam aktiviti menjual ebook.

Namun begitu tahukah anda bahawa sudah beribu orang yang kecewa setelah gagal dalam cubaan pertama mereka menjual ebook. Ada diantaranya bukan sahaja pada percubaaan pertama malah setelah tiga ke empat kali percubaan mereka masih menemui jalan buntu.

Ya… mereka kecewa kerana gagal namun kekecewaan itu tidak dapat menandingi perasaan kecewa kerana gagal selepas disogok dengan janji palsu buat duit yang banyak, mudah serta segera hanya dengan menjual ebook di internet.

Anda perlu ingat strategi merupakan tonggak kepada segalanya begitu dengan amalan pemasaran bagi ebook. Anda bukan setakat memerlukan informasi bagaimana untuk memasarkan ebook anda malah yang paling penting apakah strategi yang perlu anda ambil bagi memasarkan ebook anda tersebut.

Jadi… Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang? Memperkenalkan..Rahsia Pemasaran Ebook. Maklumat Lanjut..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan