Ahad, 2 Januari 2011

Panduan Perbankan Online

Keselamatan merupakan isu yang paling utama dalam perbankan internet. Ada sesetengah orang langsung tidak percaya dengan perbankan internet.
Mereka lebih suka untuk beratur berjam jam di Bank untuk membayar bil dan pinjaman. Mereka lebih suka berjam jam menunggu giliran di kaunter kerana
mereka ada banyak masa & banyak duit untuk membayar parking. Mereka juga ada banyak wang untuk petrol dan tol untuk ke bank pilihan mereka.
Jangan ketawa, ada golongan sebegini. Malah ramai…Sedangkan jika mereka menggunakan perbankan internet,ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk menyelesaikan pembayaran tersebut tanpa perlu keluar dari rumah. Sangat mudah dan menjimatkan.

Mungkin ada media yang menwar-warkan kononnya perbankan internet tidak selamat dan membahayakan duit mereka. Walhal ke bank lebih bahaya
berbanding dengan dengan perbankan internet. Kenapa ye? Anda mungkin dirompak dalam perjalanan ke pergi atau balik dari bank. Tak ke merbahaya. Malang tidak berbau. Mungkin anda terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke bank. Siapa tahu kan? Lain lah anda mempunyai takaful untuk melindungi anda dan keluarga anda. Beringat sebelum terlambat.

Bagi anda, yang manakah lebih selamat…bayar di bank atau hanya di rumah untuk membayar semua bil dan pinjaman anda menerusi internet? Yang
manakah lebih jimat, ke bank atau di rumah anda? Anda fikirkan sendiri. Sebelum bank melaksanakan perbankan internet, bank telah pun mengkaji
dan membuat polisi tertentu bagi melindungi wang anda. Hacker sehebat mana pun masih belum mampu untuk mengodam system perbankan di mana mana Negara terutamanya di Malaysia. Ini adalah kerana semua perbankan internet dibelakangi oleh mereka yang sangat pakar dalam keselamatan internet. Jika ia berjaya digodam sekalipun wang anda tetap akan dilindungi. Wang anda akan dikembalikan jika ia kesilapan di pihak bank.

Namun, anda tidak dilindungi jika ia silap anda. Ketahui kesilapan yang perlu anda elakkan bagi perbankan internet dengan ebook percuma ini..

Downlod Ebook Panduan Perbankan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan