Ahad, 29 Januari 2012

Pelaburan Emas Yang Menguntungkan

Emas adalah simbol kekayaan yang sebenar sejak zaman-berzaman lamanya. Sesiapa yang memiliki emas, dia lah memiliki kekayaan sebenar. Ia melambangkan satu status yang tinggi dan bukan semua orang layak memiliki dan membina kekayaan melalui emas.

Tak kira sejak zaman  dahulu-kala hinggalah ke hari ini, emas masih dianggap dan dipandang sebagai lambang kekayaan, kemegahan dan kemasyhuran.

Bak kata orang, siapa ada emas, dia memang kaya!

Jarang sekali kita lihat harga emas jatuh. Ia memang biasanya naik  dari tahun ke tahun.

Bagaimana membuat pelaburan emas yang betul ?

Di Malaysia, pelaburan emas boleh dilakukan melalui tiga kaedah yakni:

1. Pelaburan Akaun Pelaburan Emas

Sehingga hari dimana saya menulis artikel ini, sudah terdapat lima jenis akaun pelaburan emas (sebelum ini hanya tiga sahaja), iaitu:

a. GIA
b. MGIA
C. GAI
d. GSA
e. DGA

Untuk mendalami setiap satu daripada akaun-akaun pelaburan emas ini dengan lebih lanjut dan terperinci, saya cadangkan anda membaca panduan memilih akaun emas yang betul ini.

2. Pelaburan Emas Fizikal

Seterusnya, cara dimana menggunakan kaedah pembelian emas fizikal. Secara peribadi, saya amat menggalakkan pelaburan emas fizikal disebabkan beberapa kelebihan. Kaedah ini boleh dilakukan melalui tiga cara:

a. Gold Coin
b. Gold Bullion
c. Barangan Kemas

Dimana tempat mendapatkan emas fizikal di Malaysia? Untuk pengetahuan anda, terdapat 7 tempat terbaik (institusi utama) untuk mendapatkannya. Saya bukanlah orang yang berautoriti untuk menerangkannya satu persatu. Bagaimana pun jika anda berminat mengetahuinya,ketahuilah daripada yang pakar di sini.

3. Pelaburan Dalam Perniagaan Emas

Ini adalah kaedah yang jarang-jarang didedahkan orang. Anda memang bertuah kerana menjadi pembaca blog ini.. icon smile Melalui cara pelaburan dalam perniagaan emas ini anda akan untung tidak kira harga emas naik mahupun ketika harga emas jatuh! Menarik bukan?

Buat masa ini, hanya ada tiga syarikat yang menawarkan peluang kepada individu untuk melabur dalam perniagaan emas yakni PG, GCP dan NUBEX.

Saya tidak akan kata pelaburan emas itu mudah. Saya juga tidak akan kata anda hanya perlu mengetahui suatu rahsia dan anda akan berjaya. Ianya adalah berkenaan pengetahuan – mengetahui maklumat mengenai cara pelaburan emas yang betul. Baharulah boleh menjamin kejayaan dalam pelaburan emas.

Diharapkan dengan pendedahan ini, sedikit sebanyak memberi gambaran kasar bagaimana sebenarnya pelaburan emas dilakukan. Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi  laman web pelaburan emas dibawah ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan