Selasa, 15 Mac 2011

Pasangan Curang - Selamatkan Rumahtangga Anda

Anda mungkin pernah mendengar pepatah Melayu yang berbunyi "Air Yang Tenang Jangan Di Sangka Tiada Buaya". Tengok muka nampak baik dan alim, namun rupa-rupanya ada pasang satu lagi dalam senyap.

Kes-kes pasangan curang seperti ini memang sering kita dengar di dalam masyarakat kita. Anda pasti pernah menonton drama di televisyen mengenai pasangan yang curang. Kadang-kala anda sendiri akan tertawa melihat gelagat si pelakon yang dengan mudah kelentong pasangannya.

Namun adakah anda sedar bahawa kes-kes pasangan curang merupakan sebahagian dari kehidupan anda dan kadang-kala ianya berlaku di depan mata anda.

Jika tidak berlaku pada anda sudah pasti ianya berlaku kepada rakan anda, kenalan anda, rakan sepejabat anda, saudara-mara anda malah mungkin dikalangan keluarga anda sendiri.

Kini kes pasangan curang tidak lagi mengira jantina. Kalau dahulu bila sebut sahaja curang, kesalahan tersebut akan jatuh kepada pihak lelaki dan jarang kita dengar wanita yang curang. Namun kini senarionya sudah berubah… tidak kiralah pihak lelaki mahupun wanita sama sahaja dan yang paling membimbangkan ialah peratusan kaum wanita yang curang semakin meningkat!

Anda juga mungkin sering mendengar kes suami yang ada skandal dan kahwin secara senyap-senyap di Thailand. Walaupun ada undang-undang yang memerlukan si suami untuk meminta persetujuan isteri pertama sebelum berkahwin lagi, namun bagi si suami yang terus bernikah di Thailand, dia hanya perlu membayar denda sahaja dan perkahwinannya boleh didaftarkan dengan mudah.

Jangan Terlalu Yakin Yang Pasangan Anda Tidak Curang!

Jika kita merujuk kepada statistik, hampir 50% kes penceraian yang berlaku adalah berpunca dari kemunculan pihak ketiga. Oleh itu, kebarangkalian berlakunya kecurangan oleh pasangan anda juga tinggi.

Inilah penyelesaian yang TERBAIK untuk anda...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan