Isnin, 6 Februari 2012

Cara Mengusir Atau Membunuh Jin Atau Syaitan Mengikut Alquran Dan As-sunah

Ini merupakan kisah benar gangguan makluk halus yang pernah terjadi di negara kita. Cerita ini mungkin anda juga pernah mengalaminya tetapi anda tidak menyedari tentang punca dan hal yang berlaku.

Apabila anda tidak tahu punca akan hal yang berlaku, lalu anda buat endah tak endah. Sedangkan, punca kepada kejadian tersebut boleh menjadi menjadi ganas pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, sila baca dengan teliti cerita di bawah..
Pada suatu hari, seorang pemuda yang sangat sihat iaitu Man (bukan nama sebenar), telah jatuh sakit secara tiba-tiba setelah bangun dari tidur. Oleh kerana sakit yang dihadapi menyebabkan Man tidak boleh bergerak, lalu isterinya Mona (bukan nama sebenar) membawa beliau ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Selepas diperiksa oleh doktor pakar, doktor itu mengesahkan Man tidak menghidapi sebarang penyakit yang boleh menyebabkan Man jatuh sakit seperti sekarang.

Man dan Mona sangat terkejut hasil daripada pemeriksaan tersebut. Disebabkan tidak berpuas hati, lalu mereka berdua pergi ke hospital-hospital lain pula untuk membuat pemeriksaan. Tetapi, keputusan yang mereka terima tetap sama iaitu Man tidak menghidapi apa-apa jenis penyakit serius. Lama-kelamaan, penyakit yang ditanggung oleh Man semakin melarat dari hari ke hari. Telah banyak wang yang Man dan Mona belanjakan bagi merawat penyakit tersebut tetapi usaha mereka hanya sia-sia.

Sehinggalah pada suatu hari, Man telah dikunjungi oleh seorang sahabatnya yang baru balik dari Mesir. Sahabatnya itu adalah seorang ustaz yang baru menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin. Semasa lawatan tersebut, sahabat Man mendapati penyakit yang dihidapi Man adalah berpunca daripada gangguan makhluk halus.

Lalu sahabat Man mencadangkan kepada Man agar menjalani rawatan makhluk halus kaedah Islamik. Tetapi, Man menolak kerana tidak percaya kepada perkara tersebut. Setelah dipujuk berkali-kali, barulah Man beralah dan membuat rawatan makhluk halus kaedah Islamik di pusat perubatan Islam milik kawannya itu.

Kahirnya, selepas beberapa bulan Man menjalani rawatan makhluk halus kaedah Islamik, Man kini sudah sihat kembali seperti sedia kala. Tiada lagi penyakit yang menghantui dirinya. Man sudah bebas bergerak untuk pergi bekerja dan ke mana-mana sahaja. Rupa-rupanya, penyakit yang dialami oleh Man berpunca daripada seekor jin yang mengganggunya. Jin itu pula telah dihantar oleh musuhnya yang berniat untuk menghancurkan kehidupan Man yang bahagia.

Kini Anda Mampu Merawat Masalah Gangguan Ini Secara Sendiri!

Mengikut ajaran agama Islam, kaedah rawatan yang disarankan dalam mengubat perbuatan sihir dan gangguan makhluk halus adalah dengan cara Ruqyah Syar’iyah. Rawatan Ruqyah bermaksud, pesakit atau mangsa akan dibacakan ayat-ayat Al-Quran terpilih yang mempunyai khasiat dan diyakini mampu mengesan, merawat, membuang, mengusir dan membunuh makhluk halus yang mengganggu.

Untuk Maklumat Lanjut...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan