Jumaat, 10 Februari 2012

15 Kesalahan Bacaan Fatihah Yang Mampu Membatalkan Solat

Bacaan al-Fatihah amat penting kerana ia adalah rukun. Sekiranya tersilap baca walaupun satu huruf, ia boleh membatalkan solat kita. Lihat Video dibawah..



Bacaan Fatihah di atas perfect? Sebabnya ialah, ia menepati ciri2 berikut :

1. Tiada kesalahan ‘lahnun jaliy’ berlaku. Dalam konteks ilmu tajwid, lahnun Jaliy adalah jenis kesalahan besar seperti menukar baris, menukar huruf dan sebagainya. Jika kesalahan ini dilakukan dalam solat, peluang untuk ia terbatal amat besar.

Untuk makluman, bahasa arab adalah bahasa yang agak kompleks dan sangat sensitif. Sedikit pertukaran sebutan boleh membawa kepada pertukaran huruf. Apabila huruf bertukar, berkemungkinan besar makna akan berubah kepada makna lain ataupun maksud asal perkataan tersebut tidak sampai.

2. Tiada kesalahan ‘lahnun khofiy’ – kesalahan kecil seperti kurang panjang harakat, bunyi tambahan yang tidak diperlukan serta lain-lain.

Jika ada pun, barangkali haya satu tempat iaitu pada perkataan ‘anamta’ (ayat 7) yang dibunyikan dengan ‘ana-amta’. Tetapi saya rasa puncanya kerana, bacaan ini telah ditambah effect ‘echo’nya, bukan dari bacaan asal beliau.

3. Sebutan huruf sangat-sangat perfect : inilah kelebihan utama Syeikh Husari yang jarang dimiliki Qari lain. Sebutan huruf dan fasohahnya amat jelas dan mantap.

Dari bacaannya, kita akan mudah dapat membezakan bunyi huruf ‘Ha gulung’ dan ‘Ha pedas’, huruf ‘zal’ dan ‘zai’, ‘sin’ dengan ‘sod’ serta beberapa huruf lain.

BANDINGKAN DENGAN BACAAN KITA….Disebabkan kepentingan itulah, saya cuba kongsikan penyelesaiannya : Memperkenalkan DVD FATIHAH TERUNGGUL..

Maklumat Lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan