Jumaat, 21 Oktober 2011

Belajar Jadi Hacker

SEGALANYA yang anda lakukan secara atas talian (online) dapat dikesan dan ia pasti kembali kepada anda - melalui alamat IP anda!

Jika anda fikir internet adalah selamat, fikirkan semula. Setiap laman web yang anda kunjungi, setiap email yang anda hantar, setiap gambar atau fail yang anda muat turun - SEMUA disambungkan kembali kepada IP anda.

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan maklumat ini - termasuk para penggodam! (terutamanya) Anda TIDAK selamat . SEGALA yang anda lakukan secara online telah disambungkan ke IP unik anda. Dengan nombor khas ini, penggodam dapat melancarkan serangan terhadap komputer anda. Pencuri identiti dapat mengesan aktiviti anda dan membina profil penggunaan internet anda.

Setiap kali masuk ke Internet, alamat IP unik anda disimpan di fail log pelayan (server) . Hal ini merangkumi setiap laman web yang anda kunjungi dan setiap email yang anda hantar. Jangan tertipu dengan berfikir e-mel anda juga selamat. Akaun e-mel berasaskan web seperti Hotmail dan Gmail bukanlah anonymous (tanpa nama).

Bahkan jika anda tidak memberikan nama sebenar anda ketika mendaftar, mereka masih boleh mendapatkan alamat IP anda dan menjejaki anda melalui ISP (Internet Service Provider) jika diperlukan. Jika anda melayari internet dengan IP asal anda, alamat IP yang unik anda mendedahkan semua data tentang ANDA. Alamat unik IP anda terdedah SETIAP kali anda melawat sesebuah website.

Alamat IP anda adalah identiti dalam talian dan boleh digunakan oleh para penipu dan penggodam untuk menceroboh masuk ke komputer anda, mencuri maklumat peribadi atau data sensitif seperti nombor kad kredit atau butiran perbankan, atau juga melakukan kejahatan lain terhadap anda.

Bagaimana Sembunyikan Alamat IP Anda ?

Dapatkan ebook  Anonymous Surfing Ciri Utama Seorang Penggodam Sekarang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan