Selasa, 12 Februari 2013

Takaful Sebagai Pelan Pendidikan

[caption id="attachment_1795" align="aligncenter" width="425"]takaful panduan pelaburan takaful[/caption]

Baru-baru ini saya berjumpa dengan sahabat baik yang telah lama tak jumpa. Beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yang comel.

Sedang kami rancak berbual, kami terpandang berita yang disiarkan di televisyen. Tajuk utamanya ialah tentang pinjaman PTPTN. Berita tersebut menyatakan ramai peminjam yang gagal menyelesaikan pinjaman tersebut. Tiba-tiba sahabat saya berkata:

"Aku tak taulah macam mana nasib anak aku bila besar nanti, budak-budak makin pandai mesti susah nak dapat biasiswa dan masuk universiti kerajaan. Lepas itu nak masuk universiti swasta pula mahal, PTPTN pun belum tentu dapat sebab sekrang pun dah ramai orang yang tak bayar."

Saya pun terfikir ada betulnya juga, bagaimana dengan anak saya nanti? Selepas selesai perjumpaan kami, saya pun pulang ke rumah dan membuat sedikit kajian mengenai pendidikan. Apa yang saya dapai ialah:

1) Biasiswa biasanya ditawarkan untuk kursus yang 'high demand' sahaja seperti kursus perubatan.

2) Ramai pelajar lepasan SPM tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat universiti tempatan / kerajaan kerana tempat yang terhad dan tidak mampu untuk meneruskan pengajian di universiti swasta kerana kos yang tinggi.

3) Kos pendidikan semakin lama semakin meningkat seiring dengan kadar inflasi.

4) Lambakan lulusan universiti menganggur disebabkan kursus yang diambil di peringkat universiti tidak kompetitif dan tiada permintaan daripada industri.

Hmmmm... pada ketika itu baru saya tersedar yang masa depan anak saya berada di dalam "bahaya". Saya pun mula mencari produk pelaburan yang sesuai untuk dilaburkan bagi tujuan pendidikan anak saya. Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan oleh kawan saya mengenai satu panduan lengkap mengenai Takaful yang menceritakan secara terperinci bagaimana caranya untuk mengumpul dana pendidikan anak-anak saya kelak.

Setelah selesai membaca panduan tersebut, saya telah membuat perbandingan dengan produk-produk pelaburan yang lain seperti ASB dan saham amanah. Saya dapati Takaful adalah pilihan yang terbaik kerana:

1) Menjamin peruntukan dana pendidikan anak saya walaupun saya ditimpa musibah seperti hilang upaya, sakit kritikal atau meninggal dunia.

2) Tidak menjejaskan tabungan bulanan sekiranya anak saya diserang penyakit.

3) Dana yang bakal terkumpul insyaALLAH mengcukupi untuk pendidikan anak saya kelak kerana profil pelaburan yang menarik.

Saya pasti anda tertanya-tanya bagaimana Takaful boleh menjadi platform yang paling sesuai sebagai pelan pendidikan untuk anak anda. Oleh itu, segeralah dapatkan Panduan Lengkap Takaful di http://www.panduantakaful.com/ demi masa depan anak-anak anda yang lebih terjamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan