Ahad, 18 November 2012

Cara Urus Kewangan

urus kewangan

Urus kewangan  merupakan satu ilmu yang wajib dikuasai. Mencari wang dan menguruskan wang adalah dua perkara yang berbeza yang mana keduanya saling memerlukan. Tanpa ilmu urus kewangan, wang yang dicari bakal ‘ghaib’ dan tanpa wang, apa perlu ilmu pengurusan kewangan?? Secara normatifnya kita punya sejumlah wang pada awal bulan dan di akhir bulan ada 3 natijah yang biasanya berlaku di mana anda akan dapati yang wang anda pada bulan tersebut;

• Menyamai perbelanjaan anda pada bulan tersebut (equilibrium state)
• Melebihi perbelanjaan anda pada bulan tersebut (excess state)
• Kurang dari jumlah yang anda perlukan pada bulan tersebut (deficit state)

Bagaimanakah keadaan anda? Anda nilai dan catu nilaian wang anda. Untuk berada dalam untaian atau landasan yang betul, anda seharusnya berada dalam keadaan ‘excess state’ atau mempunyai gaji yang melebihi perbelanjaan anda. Jika anda dapati yang anda berada dalam 2 situasi lain iaitu ‘deficit’ dan ‘equilibrium’, ketahuilah anda berada dalam keadaan yang genting dan anda perlu belajar dan menyelaraskan perbelanjaan anda. Anda harus bertindak sekarang dan bukan esok!

Untuk mengetahui lebih lanjut cara pengurusan kewangan yang betul, dapatkan Ebook Urus Wang secara percuma. Download sekarang..

[like-to-dl theme="blue" url="http://ebookmy.com/wp-content/uploads/2011/02/urus-wang.pdf" like_url="http://www.facebook.com/istudionetwork" message="Click Like to Start Your Download!"]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan