Ahad, 6 Februari 2011

Cara Dapatkan Biasiswa

Adakah anda merupakan mahasiswa yang sedang mencari penaja pelajaran anda ? Ataupun anda merupakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading ?

Namun, disebabkan kos sara hidup yang tinggi dalam keluarga anda, ditambah pula dengan bilangan anak yang ramai, mungkin anda kurang berkemampuan menanggung penuh kesemua yuran pelajaran anak anda di universiti nanti. Melainkan anda sendiri mempunyai gaji mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

Perbelanjaan untuk mendapat segulung ijazah bukanlah murah seperti yang dijangka kebanyakan orang. Setiap semester memerlukan bayaran yang tinggi. Rata-rata mahasiswa memerlukan RM1000.00 atau lebih untuk yuran pengajian.

Ya, itu baru yuran pengajian, belum lagi mengambil kira yuran penginapan, keperluan harian, bulanan serta tahunan yang bakal merunsingkan hati anak-anak anda seterusnya menjadikan anda pula yang runsing, selaku ibu-bapa mereka.

Rata-rata pelajar juga kerap tertunggu-tunggu biasiswa popular seperti biasiswa JPA ataupun pinjaman boleh ubah Mara. Persoalannya, mengapa hanya menunggu dan bersaing untuk biasiswa popular ini, sedangkan terdapat banyak lagi biasiswa di luar sana yang tidak diketahui ramai tetapi mampu untuk membantu pelajar mengharungi kehidupan di universiti yang sudah pasti penuh dengan cabaran.

Hasil daripada kajian dan pengumpulan yang telah dilakukan, memperkenalkan...Panduan Kit Biasiswa

Kit Biasiswa merupakan sebuah panduan yang akan membocorkan rahsia penting senarai penaja biasiswa yang ‘low-profile’ khusus untuk bakal mahasiswa. Di dalam panduan ini, anda akan didedahkan dengan

  • 4 jenis biasiswa iaitu biasiswa awam, biasiswa swasta, biasiswa bank serta biasiswa negeri.

  • Informasi tentang 42 tajaan biasiswa dan pinjaman yang berulang setiap tahun.

  • Ramalan tarikh permohonan biasiswa dibuka atau ditutup untuk setiap tawaran biasiswa.(menjawab persoalan "bilakah permohonan biasiswa JPA 2011 dibuka?")

  • Beberapa contoh surat permohonan yang boleh digunakan ketika hendak memohon sesebuah biasiswa.

  • Contoh-contoh soalan popular yang sering kali ditanya di dalam temuduga biasiswa.

  • Tip-tip menghadiri temuduga biasiswa yang semestinya sengit seperti temuduga mencari kerja.


Untuk makumat lanjut Panduan Kit Biasiswa...Klik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan