Sabtu, 13 November 2010

Rahsia Urusniaga Domain Yang Menguntungkan

Mahu mengetahui bagaimana menjana pendapatan menerusi domain? Ia antara bisnes menguntungkan zaman ini.

PAUTAN iklan juga menambahkan lagi pendapatan daripada domain.UMUM mengetahui domain sebagai nama unik yang diberikan sebagai pengganti deretan nombor atau lebih dikenali sebagai alamat IP bagi memudahkan pengguna mengakses sesebuah laman web tanpa perlu mengingati alamat IP sebenarnya.

Namun tahukah anda, domain kini juga dianggap sebagai satu bentuk pelaburan yang amat menguntungkan menandingi pelaburan hartanah yang telah wujud sejak sekian lama.

Usah terkejut sekiranya mendengar domain dibeli atau terjual dengan harga sehingga jutaan ringgit. Business.com merupakan salah satu domain yang pernah mencatat rekod jualan dengan harga yang mencecah jutaan ringgit. Namun, ramai yang masih tidak mengetahui selok belok perniagaan domain ini.

Ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh menghasilkan ribuan ringgit mahu pun jutaan ringgit dengan Domain Name..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan