Selain dari mengurangkan perangkap konsep 'Kais Hari Makan Hari' dalam perniagaan anda, Rahsia Maklumat Pelanggan akan memberi pendedahan dan membantu anda untuk mengurangkan 9 masalah yang sering melanda perniagaan yang baru bermula atau perniagaan yang anda sedang jalankan.
Apakah 9 masalah yang dimaksudkan itu? Ianya adalah:
1. Kos promosi dan pengiklanan yang mahal sedangkan modal perniagaan terhad.
Inilah masalah utama yang sering dihadapi oleh ramai peniaga dan usahawan sehingga ianya mengganggu modal operasi perniagaan mereka. Ianya menyebabkan dilema yang berterusan dan menyakitkan peniagan dan usahawan kerana pengiklanan adalah pelaburan hangus. Pulangannya belum tentu.
2. Anda terperangkap dalam keadaan melakukan kerja yang sama berulang-ulang kali dalam mencari dan menyediakan maklumat prospek dan pelanggan untuk membuat promosi dan jualan.
Dalam perniagaan, masa adalah wang.Bagi perniagaan kecil atau SOHO, kerja-kerja admin perlu dikurangkan kerana masa yang ada mesti diperuntukkan untuk membuat jualan dan mengurus pelanggan.Tiada jualan atau pelanggan, tiada cashflow!
3. Anda mengambil masa yang lama untuk melancarkan promosi dan jualan dengan lebih pantas berbanding pesaing-saing anda.
Dalam perniagaan,anda perlu membuat tawaran,menghadapi persaingan dan bertindakbalas terhadap counter attack dari pesaing-pesaing anda. Terutama apabila anda mempunyai produk-produk baru yang masih belum dijual oleh pesaing-pesaing anda. Lebih awal bermakna lebih peluang anda untuk menjana pendapatan.
4.Anda perlu track promosi dan pengiklanan mana yang memberi paling banyak maklumbalas (response). Dengan ini, anda boleh mengelakkan melakukan pembaziran kerana salah promosi.
5.Anda tiada idea bagaimana anda boleh menggandakan jumlah maklumat prospek dan pelanggan untuk perniagaan anda dengan pantas dengan kos yang paling murah, malah secara percuma sahaja.
6.Anda hilang punca bagaimana anda boleh menggandakan pusingan jualan dengan konsisten menyebabkan peratus kejayaan mendapat order lebih tinggi.Lebih promosi,lebih jualan.
7.Anda buntu bagaimana anda boleh mengurangkan kehilangan pelanggan dan keuntungan dalam jangkamasa panjang.
8.Anda tidak mempunyai satu sistem mudah bagaimana anda dapat menjana pendapatan dari pelanggan anda yang sama berulang-ulang kali.
9.Anda terkejar-kejar mencari prospek dan pelanggan baru setiap masa.Inilah yang akan meningkatkan kos perniagaan anda.
Seperti yang saya telah katakan sebelum ini, inilah senjata perniagaan yang masih kurang persaingannya dan masih kurang diamalkan oleh banyak perniagaan kecil dan SOHO.
Hanya kesedaran anda terhadap kepentingan maklumat pelanggan inilah yang akan mengubah nasib perniagaan anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan