Jumaat, 2 April 2010

Tips Dan Panduan Cinta Untuk Lelaki

Cara Memikat Gadis Idaman Anda

Saban tahun, apabila anda menghadiri majlis perkahwinan teman-teman, anda masih lagi 'solo'. Rakan-rakan lelaki yang lain sudahpun membawa tunang, isteri dan anak-anak tetapi anda datang melenggang tanpa pasangan. Jika diikutkan, anda lebih berjaya, lebih berkerjaya dan lebih kacak, namun anda masih belum berjaya merebut cinta dari seorang wanita!

Pada pandangan mata kasar, tiada apa yang menarik mengenai rakan-rakan anda. Walaupun begitu, mereka mempunyai rahsia 'tersembunyi' sehinggakan ada yang sanggup berkongsi kasih dan cinta dengan mereka! Ahh.. apa rahsia mereka sebenarnya?

Mengapa agaknya perkara ini terjadi kepada diri anda? Bagaimana rakan-rakan anda dapat memetik cinta dari gadis idaman mereka?

Mungkinkah anda sedang menghadapi masalah-masalah berikut :

  • Tidak percaya kepada cinta.

  • Tidak tahu apa sebenarnya ciri-ciri lelaki idaman dambaan wanita.

  • Tidak tahu rahsia bagaimana menjadi lelaki terhebat dan menjadi kegilaan si gadis.

  • Tidak tahu apakah aset semulajadi yang ada dalam diri anda.

  • Tidak ambil kisah dan tidak faham langsung dengan sifat, perangai dan kemahuan wanita.

  • Tidak tahu bagaimana hendak memulakan langkah pertama.

  • Tidak tahu cara yang terbaik untuk mengekalkan perhubungan.

  • Tidak tahu apa yang harus di buat apabila putus cinta.

  • Menganggap cinta adalah perkara yang remeh dan tidak mempedulikannya! dan banyak lagi...


Sekiranya salah satu dari masalah yang saya sebutkan di atas sedang dihadapi oleh anda, ini bermakna anda memang benar-benar mempunyai masalah dalam merebut cinta dan membina perhubungan dengan gadis idaman! Ya! Anda sedang menghadapi masalah besar dalam soal cinta...!

Oleh itu saya pasti anda memerlukan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan