Memaparkan catatan dengan label rahsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rahsia. Papar semua catatan

Khamis, 16 Jun 2011

Teknik Menulis Web Copy Yang Berkesan

Web copy walaupun anda fikir anda tahu untuk menulisnya, anda tahu untuk mengolahnya tetapi jangan pandang remeh. Web copy tidak semudah yang disangkakan untuk menulisnya. Jika anda fikir anda boleh meniru web copy usahawan Internet yang berjaya dan berharap dapat menghasilkan jualan yang hebat seperti beliau anda silap.

Anda hanya meniru tulisan web copy nya sahaja tetapi tidak resepi rahsia menulis web copy nya. Terdapat pelbagai cara dan petua yang harus anda pelajari demi memastikan ianya dapat memujuk pelanggan anda membeli atau melakukan apa yang anda ingin mereka lakukan.

Oleh itu anda perlu tahu bagaimana menulis web copy yang bagus. Di bawah ini saya sertakan pengetahuan asas yang wajib anda tahu sebelum anda boleh menulis huruf pertama web copy anda.

Kunci asas menulis web copy adalah terdiri daripada beberapa perkara iaitu:

  • Penguasaan Bahasa - Mahir dan dapat menggunakan sesuatu bahasa dengan baik

  • Gaya penulisan peribadi - Penulisan web copy haruslah seperti gaya anda bercakap 1 to 1

  • Permainan psikologi - Secara zahirnya kita merancang pembelian tetapi akhirnya membuat keputusan mengikut nafsu

  • Buat rujukan - Rujukan adalah penting untuk mengasah seni dan kreatif web copy anda


Untuk mendapat lebih banyak tips-tips menarik anda boleh pergi laman web di bawah...



 

 

 

Ahad, 24 April 2011

90 Ubat Mengandungi Sumber Babi

Ini merupakan dokumentasi ubat-ubatan yang diragui status halalnya dengan info bergambar, jenama, pengeluar, kegunaan, kandungan meragukan dan juga pilihan alternatif. Ia seakan-akan direktori berguna untuk dibawa oleh pesakit ketika berjumpa doktor, manalah tahu jika diberikan ubat-ubatan yang disenarai hitamkan mereka boleh berkata "tidak" dan mereka (doktor) mampu mengubahnya.

Jika kerajaan masih berahsia tentang tiga produk mengandungi babi, penulis buku ini, seorang ahli farmasi muda, Abdul Rahman lebih berani apabila menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi unsur khinzir. Tahniah berani kerana benar!

Sebagai tambah nilai, penulis buku ini turut memuatkan fatwa-fatwa perubatan terhadap suntikan insulin dan ubat dari gelatin babi, suntikan Botox, vaksin meningitis, serta imunisasi Rubela, Hepititis B, Campak, Tibi, Batuk Kokol, Dipteria, Tetanus dan Polio. Malah penulisnya menampilkan diri sebagai pengamal farmasi dan pesakit dalam satu masa dengan memberikan panduan ringkas mengenai hak-hak pesakit,peranan doktor dan jururawat sebagai pemudah cara serta 'soalan bocor' apa yang sepatutnya pesakit tanya ketika berjumpa doktor.

Dengan keadaan ubat-ubatan kita telah tercemar maka rasanya wajib untuk anda memiliki buku ini. Jangan beralasan anda jahil lagi selepas itu - Faizal Riduan, Majalah Milenia Muslim isu April 2011

DOWNLOAD LAPORAN PERCUMA  UNTUK ANDA ! Klik di bawah..