Memaparkan catatan dengan label kuasa minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kuasa minda. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Jun 2011

Hukum Tarikan - Menarik Segala Impian Anda

Artikel ini akan menunjukkan tentang asas Hukum Tarikan. Kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada ia positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya bertindakbalas kepada anda.

Pemikiran kita adalah yang mencipta dunia luaran kita. Dengan menggunakan kuasa yang ada dalam diri kita, kita boleh mencipta kehidupan yang kita inginkan. Lihatlah dalam-dalam tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta kehidupan yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.

Mulakan dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir dalam minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini adalah sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan.

Mulakan dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu tabiat buruk yang ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka mengatakan orang kaya adalah penipu, pencuri dan rasuah. Dengan melakukannya, anda menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini akan menyebabkan anda terus miskin. Justeru itu, anda harus memuji dan bangga terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam kemiskinan.

Mulakan rasa bersyukur setiap hari atas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T. Berterima kasih akan membawa anda lebih dekat kepada impian-impian anda. Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum Tarikan hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda.

Perlu diingatkan bahawa pemikiran menjadi realiti. Mulai sekarang, kawal pemikiran dalam minda anda. Pemikiran adalah seperti benih dalam kebun. Anda harus menanam benih positif dalam kebun anda dan menyiramnya dengan getaran yang baik. Ini akan membawa kepada manifestasi yang lebih cepat apabila menggunakan Hukum Tarikan.

Adakah anda inginkan lebih kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan anda?

Ketahuilah tentang rahsia yang akan mengubah hidup anda agar lebih kaya dan berjaya.

Dapatkan panduan Rahsia Menarik Kekayaan dan Kejayaan Melalui Hukum Tarikan di..

Selasa, 7 Disember 2010

Cara Jadi Kaya Menerusi Gelombang Minda

Di dalam ebook ini, anda akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri. Untuk menjadi kaya, anda wajib berada di dalam sistem yang berbeza dengan sistem semasa anda belum kaya atau miskin. Apa yang dimaksudkan dengan sistem ialah pemikiran, cara berfikir, cara bertindak, cara pergaulan, ilmu, tabiat, kawan-kawan, minda, imaginasi, amalan, bacaan dan seterusnya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai sekalian manusia, sejauh mana engkau cenderung kepada dunia dan sejauh mana engkau mencintai-Ku, maka sekadar itulah darjatmu di sisi-Ku. Kerana sesungguhnya tidak Aku campurkan antara cinta kepada-Ku dengan Cinta kepada dunia di dalam satu hati untuk selama-lamanya.” Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan.

Begitu juga disebalik kemiskinan itu, orang Islam kena juga kaya sekiranya kaya itu membawa kepada keredaan Allah. Contohnya dengan kaya seseorang itu boleh melipatgandakan sedekahnya dan bantuannya kepada orang miskin yang memerlukan bantuannya.

Allah s.w.t. berfirman dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai manusia, perbendaharaan-Ku tidak akan habis selama-lamanya. Sebanyak mana engkau memberi, sebanyak itulah yang Ku-beri untukmu; sejauh mana engkau tahan, sejauh itulah pula yang Ku-tahan daripadamu. Kekikiranmu memberi bantuan kepada orang-orang miskin daripada harta yang Ku-Kurniakan kepadamu, adalah kerana engkau berburuk sangka terhadap-Ku dan kerana engkau takut menjadi miskin atau kerana engkau tidak percaya kepada-Ku.”

Antara perkara yang terjawab dalam ebook ini ialah:

• Harta dan kaya yang bagaimanakah yang menjadi jambatan ke akhirat?

• Tahap mana miskin yang diredai Allah?

• Bagaimana harta boleh hilang dalam sekelip mata?

• Mengapa dikatakan dunia ini syurga bagi orang kafir dan penjara bagi yang Mukmin.

• Apakah amalan sebelum datang 7 perkara?

• Apa akibat buruk sangka dan mengapa Islam melarang buruk sangka?

• Apakah batas kaya yang membinasakan dan miskin yang diredai?

• Mengapa dilarang mengutuk makhluk yang lain, dan kutukan itu akan kembali kepada diri kita sendiri?

• Bagaimana berbillion sel dalam otak kita akan memandu kita untuk mencapai tujuan yang anda hajatkan dan niatkan?

• Mengapa dikatakan bahawa otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron yang dijadikan oleh Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya?

• Bagaimana mengaplikasi Undang-undang Daya Penarik (UDP) ialah bahawa apa-apa perkara yang anda fikirkan, anda akan dapat. (WYTWYG – What you think is what you get.)

• Berpandukan ilmu fizik dan teori “Law of Attraction” – Undang-undang daya penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan, fikirkan dan hajatkan. Bagaimana melakukannya?

• Bagaimana menggunakan frekuensi minda?

• Bagaimana mendatangkan kejayaan dengan begitu mudah yang tak pernah anda fikirkan?

Untuk Maklumat Lanjut Tentang Ebook Frekuensi Kaya ..Klik Banner Dibawah

Jumaat, 1 Oktober 2010

Kuasa Minda Memaksimakan Potensi Diri Anda

Ramai yang berpendapat bahawa kuasa minda adalah sesuatu yang sukar dipelajari dan diaplikasikan dalam diri. Ini berikutan mereka yang gagal mengawal minda mereka berpendapat bahawa kuasa minda adalah karut dan sekadar teori semata-mata.

Adakah anda juga salah seorang mangsa yang gagal memperkasakan minda? Sebelum itu, tahukah anda bahawa statistik menunjukkan bahawa tindakan yang anda lakukan hari ini 90% datangnya daripada minda? Namun persoalannya sekarang, apakah kaedah terbaik yang disarankan supaya anda dapat menguasai minda?

Berdasarkan kajian pakar, kaedah pengulangan adalah salah satu teknik terbaik untuk memperkasakan minda. Dimana melalui pengulangan, ia dapat mewujudkan “kesedaran” dalam minda dalam keadaan tidak sedar untuk mula mempercayai sesuatu perkara. Untuk memudahkan pemahaman anda mengenai teknik pengulangan ini, saya menyediakan beberapa contoh pengulangan yang dapat membentuk minda yang positif.

• “Saya adalah seorang jutawan”
• “Saya mempunyai keluarga yang bahagia”
• “Saya sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi”

Saya yakin kebanyakkan daripada anda sudah mengetahui teknik pengulangan ini. Namun persoalannya ialah sejauh mana anda percaya dengan teknik ini? Dengan mula menanam kepercayaan bahawa teknik ini dapat menghasilkan kesan optimum, maka minda anda akan mula menerima isyarat untuk mempercayainya.
Berapa kerap saya perlu melakukan teknik ini supaya dapat melihat kesannya?

Bagi menjawab persoalan ini, ia bergantung pada keupayaan anda berkomunikasi dengan minda. Ada segelintir yang berjaya menguasainya dalam jangka masa yang singkat manakala segelintir individu mengambil masa bertahun-tahun sebelum dapat melihat kesannya. Walaubagaimanapun, disini saya sediakan beberapa saranan supaya dapat membantu anda untuk menguasai teknik pengulangan ini:

• Lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur dan sebelum anda tidur.
• Tutup mata anda dan cuba bayangkan apa yang anda katakan menjadi realiti.
• Hayati setiap perkataan yang anda luahkan itu supaya ia dapat mewujudkan kesan emosi pada diri dan minda anda.

Kesimpulannya teknik pengulangan ini memerlukan konsistensi agar minda anda dapat menerima isyarat tersebut secara perlahan-lahan. Apa yang perlu anda lakukan hari ini ialah mempercayai dan menghayati setiap perkataan yang anda luahkan kerana ia tidak akan berhasil jika anda sendiri tidak yakin dengan apa yang disebut.